Friday, June 11, 2010

LAGU PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Ciptaan :Azlee Makibin
Lirik: Tuan Hj Janathan Kandok

Kimaragang maju jaya
Bukan hanya sekarang
Malahan selama-lama
Inilah impian bersama

Pertubuhan Kimaragang Malaysia
Mengorak langkah demi langkah
Mencorak masa depan yang indah
Bangsa Kimaragang yang tercinta

Kimaragang tetap perkasa
Maju dinamik dan merdeka
Bebas dari segala halangan
Pemikiran dan juga tindakan

Wahai Kimaragang ingatlah
Desa kita memang di Timur
Lalu mari segera kita bertanya
Bukankah suria terbit dari Timur

Ayuh bangunlah bangkitlah
Dengan semangat membara
Seperti air yang terbakar
Menuju bangsa yang berjaya


*Credit to Pertubuhan Kimaragang Malaysia

Anda boleh search Pertubuhan Kimaragang Malaysia dalam Facebook sekiranya anda ingin menyertai group ini....


No comments:

Post a Comment